Rabu, 13 Februari 2013

Bismillah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah, setelah sekian lama meninggalkan blog ni untuk mencari pengalaman bekerja, akhinya kembali semula untuk meneruskan agenda bisnes. Darah keturunan sememangnya tempat tenaga bisnes itu mengalir. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa aura bisnes sentiasa terpahat dalam sanubari, hanya menunggu masa untuk dipraktikkan, seperti nenek moyangku zaman dahulu.

Menerusi kajian berkenaan produk2 terkini, sememangnya arus teknologi seiring dengan kecanggihan produk kecantikan dan kesihatan di pasaran. Namun, walau sehebat mana teknologi zaman metropolitan ini, kadangkala ianya masih tidak mampu menandingi produk yang sudah diamalkan sejak ribuan tahun dahulu. Dan fokus untuk bisnes ini adalah khusus kepada produk kecantikan dan kesihatan muslim. Semoga dengan pembuka kata dua ini, para pengunjung blog ini akan terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada blog ini. Dalam waktu terdekat ini, saya akan mulakan bisnes dengan produk yang pasti akan menarik minat pengunjung yang datang. Yang pasti, ianya halal dan baik!

Yang Benar,
Pemunya Blog.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan